Saturday 6 June 2009

HARARI BOLEH TERBANG

LAGI FATWA AHBASH SESAT...
DAHULUNYA FATWA HALAL ARAK , HALAL CURI HAK NON MUSLIM , SEKARANG CERITA DONGENG BAHAWASANYA ABDULLAH HARARI BOLEH TERBANG SANA SINI!!

Friday 29 May 2009

Bukti Ahbash Kafirkan DR Syed Ramdhan Buthi



Sebelah ini adalah fatwa kumpulan Ahbash MENGKAFIRKAN Dr. Syed Ramadhan al-Buthi yang telah dipaparkan di dalam salah sebuah lamanweb rasmi mereka. Sengaja fatwa ini tidak diterjemahkan kerana ia dipenuhi dengan penipuan dan penyelewangan fakta.DIMANAKH KAMU SEMUA WAHAI PEMBELA ASWJ YANG BELAJAR DI BUMI SYAM!!?APAKAH ANDA SEMUA MASIH LENA DAN BERDIAM DENGAN KAUM SESAT AHBASH!!SILALAH BANGUN MENENTANG MEREKA KAUM SESAT INI .BANGUNLAH SHABAB KHIRIJ(LEPASAN) DARI BUMI SYAM JORDAN,SYIRIA TERUTAMANYA.

Thursday 28 May 2009

Jawapan Bersiri dimana Allah oleh Pakar Aqidah

hujjah bagi menjawap Dimana Allah berdasarkan dalil AL-Quran Hadis boleh dilawati di blog ust hafiz http://yeopmadiny.blogspot.com/  jawapan bersiri itu akan dipaparkan di seluruh blog selepas semua blog dapat diselengarakan ...sila lawati hujjah sebenar yang sahih di http://yeopmadiny.blogspot.com/

ZAMIHAN KAMBING HITAMKAN AHBASH MALAYSIA

Pen. Pengarah ILIM, Bangi Zamihan al-Ghari berhujjah menggunakan bahan Ahbash !?

Saya agak terkejut apabila mendapati Zamihan Mat Zinpen al-Ghari, Pen. Pengarah ILIM, Bangi, di dalam blognya mengambil bahan dari lamanweb Ahbash yang telah difatwakan SESAT oleh sekian banyak ulama antarabangsa. Sila lihat screenshoot dibawah ini:

Bahan dawnload yang ada di dalam blog Pen. Pengarah ILIM ini adalah bahan dari lamanweb kumpulanAhbash. Lamanweb tersebut tidak menyembunyikan indentiti mereka, secara jelas logo Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai Ahbash ada di muka utama laman darulfatwa.org.au tersebut. Sememangnya laman darulfatwa.org.au adalah laman rasmi kumpulan Ahbash.

Persoalannya: Apakah hubungan Pen. Pengarah ILIM, Bangi, Zamihan Mat Zinpen dengan Ahbash? Apakah beliau hanya mengambil bahan tanpa ada sebarang kaitan dengan kumpulan Militan dan Ekstrim Ahbash? atau, apakah sememangnya beliau ada kaitan dengan Ahbash yang telah difatwakan sesat oleh sekelian ramai para ulama antarabangsa? Siapakah pula dalang disebalik usaha meluaskan pengaruh Ahbash di Malaysia?


Kita harap pihak berwajib melakukan siasatan selanjutnya... Bahan-bahan yang kita usaha dedahkan di dalam blog ini rasanya sudah cukup menunjukkan kemerbahayaan kumpulan Militan dan Ekstrim yang dikenali sebagai Ahbash ini.

LAGI BUKTI FATWA AHBASH SESAT!!!

Soalan dari Switzerland dan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah (Lembaga Fatwa Mesir) Tentang Ahbash


Kami para pelajar di Switzerland - dengan kurniaan dari Allah - kami memelihara solat dan menunaikannya secara berjamaah di dua buah dewan yang diberi oleh pihak Universiti untuk kegunaan penganut agama yang berbagai, termasuk pelajar muslimin, alhamdulillah.

Memandangkan kelas-kelas pengajian berjalan pada hari Jumaat, maka kami semenjak beberapa tahun telah mendirikan solat jumaat di sana dan beberapa orang dari kalangan kami akan bergilir-gilir menyampaikan khutbah dan menjadi Imam. Semenjak hampir satu tahun setengah yang lalu, kami bertemu secara mingguan untuk belajar tajwid dan memahami ayat-ayat dalam surah al-Baqarah, belajar fikeh dan sirah. Dengan pertemuan ini - dengan kurnian dari Allah - memberi kesempatan kepada kami untuk saling berkenalan dan tolong menolong dalam urusan harian, pelajaran dan saling nasihat menasihati.

Kami mendapat tahu ada dikalangan kami orang yang meraguikan Pusat Islam di bandar Lausanne dari kalangan pengikut syeikh Habashi yang namanya Muhammad bin Abdillah al-Harari yang menetap di Lubnan dan pengikutnya dinamakan sebagai al-Ahbash. Kami memdapat maklumat dan membaca tentang pandangan dan pemikiran mereka, kami dapati mereka memeliki penyelewengan-penyelewengan yang bertentangan dengan apa yang telah kami pelajari tentang agama kami yang hanif.

Sehinggalah sekarang ini hanya beberapa meter dari kami, mereka lakukan solat Jumaat bersaingan dengan solat yang kami lakukan semenjak lebih 9 tahun yang lalu. Mereka juga tidak solat bersama kami, kami mendapat tahu juga dari sumber yang boleh dipercayai, mereka di tanah haram Mekah di musim haji memboikot solat jamaah (di masjid al-Haram) dan mereka tidak menunaikan solat melainkan di belakang imam dari kalangan mereka sahaja.

Mereka telah menarik ramai penduduk Lausanne dari kalangan para pelajar dan selainnya. Apabila mereka memperkenalkan orang kepada Islam mereka perkenalkan kepada kumpulan dan pusat (markaz) mereka, bahkan mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hubungan dan rangkaian dengan Universiti al-Azhar. Apabila kami membaca statement Reaktor Universiti al-Azhar yang lalu Dr. 'Umar Hasyim yang menafikan adanya sebarang hubungan dengan golongan Ahbas dan beliau juga memberi peringatan akan merbahayanya pemikiran-pemikiran mereka, golongan Ahbash menafikannya dan mendakwa statement itu palsu. Mereka sentiasa mempnyai hubungan dengan pihak berkuasa Switzerland, mereka menghimpunkan orang ramai dan bersikap angkuh sambil mendakwa Universiti al-Azhar memberi sokongan dan bantuan kepada kerja-kerja mereka.

Berdasarkan ini, kami memohon daripada pihak tuan (Dar al-Ifta' al-Misriyah) memberi fatwa kepada kami tentang jemaah ini (Ahbash):

Apakah dicadangkan untuk mengikut kumpulan ini dan membaca kitab-kitab syeikh mereka atau sepatutnya memboikot jamaah ini dan menasihati ahli-ahlinya untuk keluar darinya.
Sesungguhnya kami benar-benar memerlukan penjelasan dalam perkara ini, sehingga kami memberanikan diri untuk menulis soalan ini kepada pihak anda disebabkan berita yang kami dengar tentang kemuliaan akhlak anda kelimpahan maklumat yang ada dipihak anda. Kami harap dapat menerima jawapan dari pihak tuan dalam masa terdekat dan kami mengalu-alukan keluarnya satu kenyataan rasmi tentang mereka (Ahbash), dan disiarkan di lamanweb rasmi Dar al-Ifta' atau lamanweb rasmi Universiti al-Azhar di internet, agar golongan Ahbash tidak lagi berani mendakwa sesiapa yang menemui pendustaan mereka.

Bersama risalah ini kami sertakan sama naskah statement Fadhilah Dr. 'Umar Hasyim dan naskah statement dengan bahasa Perancis yang dikeluarkan oleh Markaz (pusat) Ahbash di Lausanne di Switzerland pada bulan yang ke-6 tahun lepas, yang mana mereka mendakwa di dalamnya mereka ada hubungan dengan Universiti al-Azhar.

Potongan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah yang berkaitan dengan Ahbash
Jika yang dinamakan dengan Jemaah Ahbash melakukan seperti apa yang dinisbahkan kepada mereka di dalam soalan, maka mereka adalah satu jemaah yang Sesat yang telah melakukan perkara yang dilarang didalam Syara'. Wajib menjauhi mereka dan tidak mengadakan sebarang ikatan dengan mereka.

Tidak ada juga sebarang hubungan antara Jemaah ini (Ahbash) dengan al-Azhar al-Syarif, dan tidak pernah keluar dari kami sebarang urusan dengan kumpulan Ahbash ini. Tidak ada dari pihak Universiti al-Azhar al-Syarif, tidak ada juga dari pihak Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah, tidak ada juga dari pihak Dar al-Ifta' al-Misriyyah, tidak ada juga dari pihak Kementerian Wakaf Mesir.

Penipuan ke atas institusi-institusi seumpama ini, untuk memberi gambaran yang meragukan, adalah perkara yang merobek (mencacatkan) maruah diri yang sepatutnya dijauhi oleh seorang Muslim terutamanya penuntut ilmu. wallahu swt a'lam.

DAKWAAN PEMBUNUHAN MELIBATKAN HARIRI







Libanon telah mengenakan dakwaan terhadap dua bersaudara Libanon yang disebut-sebut dalam penyidikan PBB atas pembunuhan mantan perdana menteri Rafik Hariri. Para pejabat mengatakan mereka telah menangkap Ahmad dan Mahmud Sabdel-Al, dua anggota kelompok militan Islam Al Ahbash yang pro-Syria.

Sementara itu para pejabat Amerika memperingatkan kemungkinan tindakan terhadap Syria jika negara itu menolak bekerjasama dalam penyidikan PBB mengenai pembunuhan Hariri itu. Para pejabat Amerika sedang meng-kosponsori sebuah rancangan resolusi di PBB yang akan mengenakan sanksi terhadap para tersangka dalam pembunuhan itu.

Para pejabat Syria telah menolak hasil penyidikan PBB itu, yang menyebut keterlibatan para pejabat tinggi Syria dan Libanon. Rusia yang memiliki hak veto di Dewan Keamanan mengatakan akan menolak sanksi terhadap Syria. Liga Arab dan putra Hariri, Saad juga menyatakan menentang kemungkinan sanksi PBB. (sumber:http://voanews.com/)


Tuesday 26 May 2009

Abdullah Harari Di kebumikan dalam masjid puaknya sesat





Malah Debu Tanahnya diAmbil Berkat Untuk disimpan , Entahlah bagaimana pula dengan Pakaiannya Dan saki baki buanganya , adakah disimpan jua untuk berkat dan syafaat Akhirat?

Fatwa Sheikh Faisol maulawi


"al-Ahbash atau (Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka akan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fiqh (fikah) yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syiekh mereka (Abdullah al-Harari). Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah, akan tetapi kita masih menganggap mereka sebahagian dari kaum muslimin, dan sah solat di belakang mereka, sekalipun mereka menganggap orang yang bukan dari golongan mereka sebagai kafir dan mereka tidak membenarkan solat di belakangan orang yang berbeza dengan mereka."

Syeikh Faisol al-Maulawi ialah Timbalan Presiden Majlis Kajian dan Fatwa Eropah.

Bukti Sesat Ahbash

Fatwa Majlis Ulamak Besar Arab Saudi

Setelah membahaskan panjang lebar pegangan kumpulan Al-Ahbash ini Majlis Hai'ah Kibar Ulamak diakhir fatwanya merumuskan seperti berikut...

Fatwa berkenaan Abdullah al-Harari al-Habasyi
Rujukan fatwa no: 19 606

Telah ditanya dan diminta penjelasan kepada Lajnah fatwa tetap Arab Saudi berkenaan Jemaah Ahbash dan seorang syakhsiah yang bernama Abdullah al-Habasyi. Setelah Lajnah tersebut membentangkan dengan panjang lebar ajaran-ajaran yang dibawa oleh Jemaah ini dan menjawab syubhat-syubhat yang ditimbulkan maka Lajnah memutuskan bahawa:- 

1. Jemaah al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang telah sesat dan menyeleweng daripada Jemaah kaum muslimin (Ahli Sunnah wal Jamaah). Mereka wajib kembali kepada kebenaran iaitu jalan yang dilalui oleh para sahabat dan tabiin di dalam semua ajaran agama sama ada dari segi amalan dan I’tiqad (kepercaaan). Itulah yang terbaik bagi mereka dan berkekalan. 

2. Tidak boleh mengambil fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jemaah ini. kerana mereka menggunakan pendapat-pendapat yang syaz (pelik) bahkan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Mereka juga mengambil pendapat-pendapat yang tidak boleh dipakai pada sebahagian nas-nas syar’ei. Kesemua ini mengundang ketidak percayaan kepada fatwa-fatwa mereka seterusnya berpegang dengannya oleh masyarakat islam.

3. Tidak mempercayai kata-kata mereka. Setiap tempat berkewajipan memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan jemaah yang sesat ini supaya tidak terjerumus ke dalam kumpulan ini tidak kira atas nama apa yang mereka gunakan, memberi nasihat kepada para pengikutnya dan menjelaskan tentang rosaknya pemikiran dan aqidah mereka.


Lajnah diketuai oleh: Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Naib Ketua: Al-Syeikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh

Anggota: 
Al-Syeikh Soleh bin fauzan al-Fauzan
Al-Syeikh Bakar bin Abu Zaid


Fatwa Pelik Dan Sesat / Abdullah Harari halalkan Riba Dan Mencuri Duit Non-Muslim



ABDULLAH HARARI HALALKAN RIBA DARI BANK .BENARKAN MENCURI DUIT NON-MUSLIM.TAK USAH BAYAR ZAKAT KONONYA DUIT KERTAS TIDAK ADA NILAI EMAS PERAK.BODOH SI JAHIL.JANGAN TERKEJUT !!SAYA ADA SALINAN VIDEO INI YANG DISAHKAN BENAR TANPA ADA  EDIT

Inilah si Pembawa Ajaran Ahbash


Pembongkaran siapa abu syafiq

Oleh : Abu Sofian Siapakah Al-Ahbash, Ahbash adalah satu aliran pemikiran import dalam Islam, mereka menyusup masuk ke dalam Jabatan Agama, JAKIM dan Masjid-masjid yang digunakan untuk menghasut orang lain mengikutinya. Padahal Ahbash adalah ajaran baru yang tidak ada kaitan dengan Imam Maturi dan Asy'irah. Mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mencapai tujuan mereka hatta sanggup membunuh.Siapakah Al-Ahbash Malaysia? Ketua Al-Ahbash di Malaysia adalah Mohd Rasyiq Alwi bin Alwi, lebih dikenali dengan Abu Syafiq, bekas Guru KAFA, kemudian memimpin Darul Itqan, untuk pengajian Al-Quran tetapi oleh kerana kurang sambutan mereka telah menutup kelas mereka. Dulunya bekerja sebagai pegawai sangkut JAKIM bahagian penyelidikan, kemudian ada beberapa kes pecah amanah dan juga penukilan yang tidak ilmiah kontraknya tidak disambung lagi. Sering memberi kuliah agama anjuran UMNO untuk menyerang gerakan Islam yang lain. Merupakan alat kerajaan sebagai mana kerajaan mereka beriman dengan Islam Hadhari dan sebagainya.Bila berada dalam Majlis yang ramai orang PAS mereka akan menyerang golongan kerajaan dan berlakun anti kerajaan, namun sebenarnya mereka adalah ejen kerajaan dan JAKIM. Mungkin ada orang bertanya siapakan tokoh terkemuka mereka di Malaysia? Sebenarnya kedudukan mereka sendiri tidak masyhur, dan tidak ada tokoh masyhur di kalangan mereka. Yang ada hanyalah tokoh-tokoh upahan JAKIM dan ILIM, antaranya ialah Ustaz Zamihan, Ustaz Faizul Rahim untuk mengetahui tokoh mereka, cukuplah dengan merujuk kepada laman web dan kursus anjuran mereka. Mereka ini kononnya amat teliti dengan ayat dan akidah, namun bila ditanya tentang Islam Hadhari, Ustaz Zamihan, Ustaz Faizulrahim dan Ustaz Mohd Rasyiq mengatakan Islam Hadhari tidak ada masalah. Ini adalah teknik untuk menyedarkan orang yang telah lama meninggalkan Islam.Di manakah maqam Otman El-Muhammady?El-Muhammady adalah pencinta tasawuf dan oleh kerana ramai golongan ini dari Tasauf ArRifai yang disesatkan oleh ramai ulama mutakhirin. Jadi dia bukanlah berada dalam gerakan Al-Ahbash cuma terlalu rapat dengan puak ini kerana sama-sama memusuhi salafi atau wahabi. Pihak JAKIM sendiri telah mula menyedari bahawa beberapa kajian mereka tidak berasas setelah mendapat 'pandangan' dari Ustaz Mohd Rasyiq yang selalu mereka-reka cerita fitnah atas nama kajian JAKIM.Apakah sikap mereka terhadap kitab karangan ulama lain?Mereka melakukan 'kajian' sekerat-sekerat tulisan sesuatu gerakan dan mereka menyuntik dakyah mereka di sana. Dengan dakyah songsang dan cuba menarik emosi pendengar dengan tuduhan tidak berasas. Mereka tidak pernah mendebatkan nas yang digunakan oleh pihak lain, tapi yang mereka debatkan pendapat ulama tersebut, seolah-olah ulama tersebut sengaja membuat fatwa songsang (bersambung Insya Allah)

Kejahilan Membawa kesesatan

Secara pribadi saya adalah sahabat kpd ahli keluarga anda..Saya rasakan anda perlu memikirkan semula pendirian anda..Lihat petikan ini.. 

Kementerian Wakaf Mesir- Dr Fikri Ismail mengulas tentang AHBASH

Dr. Fikri Ismail wakil kementerian Wakaf Mesir bahagian Dakwah berkata:

Tidak pernah lagi sepanjang sejarah di dalam ahli sunnah wal jamaah mereka berbeza di dalam masalah Aqidah. Dan tidak pernah berlaku juga mereka mengkafirkan salah seorang dari ulamakyang dikenali kerana ketaqwaan, kewarakan, keluasan ilmu dan keikhlasan mereka kepada agama sama ada di dalam atau di luar Lubnan. 

Dan untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya di dalam menyebarkan fitnah di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak. Dan pertama kalinya munculmereka yang melampau ke atas ulamak besar ahli sunnah wal jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagaikafir.

Sesungguhnya al-Habasyi mengkafirkan ulamak besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutub, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antaraulamak Lubnan yang mereka kafirkan Hassan Khalid, Subhi Soleh, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif. Tetapi persoalannya kenapa mereka menyerang ulamak besar yang mereka ini dii’tiraf dengan keilmuan di sepanjang sejarah ahli sunnah wal Jamaah baik dalam aqidah dan pemikiran?

Sebabnya iri hati dan hasad dengki dan suka untuk menonjolkan diri dengan menganggap sebagai ulamak besar. Maka al-Habasyi dari satu sudut seorang ta’asub kepada bangsa lalu dia ini membenci orang arab, dari sudut yang lain pula dia ini secara batinnya berhasad dengki dengan ahli sunnah.Walaupun dia ini mendakwa ahli sunnah tetapi dakwaan ini memerlukan kepada dalil atau bukti.Dan tidak ada maklumat yang kukuh yang menyatakan apakah tujuan sebenar disebalikkedatangannya ke Lubnan dan menghimpunkan orang-orang yang jahil di sekelilingnya…

Fatwa Sheikh Abu Muhammad Al-Maqdisi:Bahawasanya Ahbash lebih Teruk Dari Khawarij Malah Mereka Sesat.

Begitu juga fatwa al-Syeikh Abu Qatadah Umar bin Mahmud Abu 'Umar Jawapan kepada soalan dari umat Islam di Australia

Namun apa yang aneh dan Peliknya bagaimanakah Ulama Malaysia boleh memberi pengiktirafan kepada Jamaah Sesat Ahbash?saya terpanggil untuk bertanya dengan beberapa Ulama pengkhususan Aqidah di Malaysia tentang hal ini .

Alhamdulilah jawapan yang diberikan amat memuaskan iaitu "kami Para-para ahli ilmu tidak mengenali abdullah harari sekalipun bertemu dengannya , Yang kami kedengaran hanyalah daripada beberapa anak-anak muridnya yang cuba membawa Anasir firqah Takfir ini ke malaysia yang kononya bertopengkan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.Manakala mereka ini hanyalah kambing Hitam beberapa Badan Swasta yang membencikan Ahli Sunnah.

Menjawap isu Pengiktirafan yang diberi oleh Ulama malaysia adalah satu pengiktirafan Rambang tanpa mengenali individu tersebut bagaikan "Ayah Pin diiktirafkan Ulama Indonesia dan Thailand.Ini kerana mereka hanya mendengar tanpa mengenali dengan lebih dekat .

Sepatutnya dan sewajibnya Tazkiyah(pengiktirafan) diberi dengan cara yang "tsiqah"benar" dengan mengenali puak atau individu dengan lebih dekat dan sekurang-kuranya bertanyakan Ulama-Ulama Didalam negaranya dan Ulama yang berjiran dengannya .

Permasalahan timbul adalah ulama-ulama hatta Mufti Lubnan menyatakan Ahbash sesat dan Mufti Syiria juga menyatakan pendiriannya akan kesesatan Ahbash .

Fatwa Dr wahbah Zuhaily

س: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
تقدم لأختي شاب ووافقنا، وبعد أن خطبها قال لها: إنه من جماعة الأحباش. فما أهم معتقدات هذه الجماعة؟
وإذا تزوجت أختي منه فما حكم هذا الزواج؟

ج: بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
نحن نقول بأن المسلمين الذين ثبتت صحة ديانتهم هم مسلمون، ويجوز الزواج منهم والتزويج إليهم، لكني أنصحك بعدم الموافقة على هذا الزواج؛ لأن هؤلاء الجماعة لديهم أفكار وآراء لا تتفق مع ما هو مقرر لدى جماهير الأمة الإسلامية.
فيكون هناك احتمال للوقوع في مشاكل ومصادمات وخصومات بسبب هذه الآراء الشاذة التي يقررونها ويعتقدون بها.
هذا من قبيل النصيحة. والله يتولى

الصالحين. والله أعلم.

:soalan 
Seorang pemuda meminang adik perempuan saya. Selepas peminangan, pemuda ini berkata kepada adik saya bahawa dia dari dari golongan al-Ahbasy. Apakah i'tiqad-i'tiqad mereka yang penting. Apabila adik saya berkahwin dengan pemuda ini, apakah hukum perkahwinannya? 

Jawapan al-Zuhailiy: Kita mengatakan, bahawa muslimin apabila sabit benar agamanya maka mereka adalah dari kalangan muslimin. Boleh perkahwinan dengan mereka. Namun, saya menasihati anda agar tidak bersetuju atas perkahwinan ini (dgn pemuda al-Ahbasy). Kerana mereka (al-Ahbasy) mempunyai pandangan dan pendapat yang tidak menepati apa yang telah ditetapkan oleh jumhur umat Islam. 

Di sana barangkali akan berlaku masalah dan pertelagahan disebabkan pendapat-pendapat ganjil (syaz) yang mereka pegang dan i'tiqadkan. 

DR WAHBAH AL-ZUHAILY merupakan Ulama terkemuka di Syiria dan merupakan ulama Junjungan dan dihormati Dunia, pernah menjadi Ketua Ulama Dunia dan masih menganggotai Majlis Ulama dunia bukan seperti ahbash sheikhul Fitnah"!

Katanya : Mereka adalah kumpulan sesat lagi menyesatkan wajib menjauhkan diri daripada mereka dan berhati2 dgn mereka.Kumpulan mereka adalah kumpulan fitnah dan berfatwa mengikut hawa nafsu..Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Meraka juga dibimbangi mempunyai hubungan dgn negara luar..
sumber-http://mdredho2172.blogspot.com/2009/05/fikirlah-wahai-abu-syafiq.html

Arak Halal Disisi Ahbash


Mereka iaitu Ahbash Satu Kaum Yang Sesat , 
Mereka Berpura bertopengkan Al-Quran Sunnah , 
Disebaliknya Menghalalkan Arak yang Jelas Haram!!