Tuesday, 26 May 2009

Inilah si Pembawa Ajaran Ahbash


Pembongkaran siapa abu syafiq

Oleh : Abu Sofian Siapakah Al-Ahbash, Ahbash adalah satu aliran pemikiran import dalam Islam, mereka menyusup masuk ke dalam Jabatan Agama, JAKIM dan Masjid-masjid yang digunakan untuk menghasut orang lain mengikutinya. Padahal Ahbash adalah ajaran baru yang tidak ada kaitan dengan Imam Maturi dan Asy'irah. Mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mencapai tujuan mereka hatta sanggup membunuh.Siapakah Al-Ahbash Malaysia? Ketua Al-Ahbash di Malaysia adalah Mohd Rasyiq Alwi bin Alwi, lebih dikenali dengan Abu Syafiq, bekas Guru KAFA, kemudian memimpin Darul Itqan, untuk pengajian Al-Quran tetapi oleh kerana kurang sambutan mereka telah menutup kelas mereka. Dulunya bekerja sebagai pegawai sangkut JAKIM bahagian penyelidikan, kemudian ada beberapa kes pecah amanah dan juga penukilan yang tidak ilmiah kontraknya tidak disambung lagi. Sering memberi kuliah agama anjuran UMNO untuk menyerang gerakan Islam yang lain. Merupakan alat kerajaan sebagai mana kerajaan mereka beriman dengan Islam Hadhari dan sebagainya.Bila berada dalam Majlis yang ramai orang PAS mereka akan menyerang golongan kerajaan dan berlakun anti kerajaan, namun sebenarnya mereka adalah ejen kerajaan dan JAKIM. Mungkin ada orang bertanya siapakan tokoh terkemuka mereka di Malaysia? Sebenarnya kedudukan mereka sendiri tidak masyhur, dan tidak ada tokoh masyhur di kalangan mereka. Yang ada hanyalah tokoh-tokoh upahan JAKIM dan ILIM, antaranya ialah Ustaz Zamihan, Ustaz Faizul Rahim untuk mengetahui tokoh mereka, cukuplah dengan merujuk kepada laman web dan kursus anjuran mereka. Mereka ini kononnya amat teliti dengan ayat dan akidah, namun bila ditanya tentang Islam Hadhari, Ustaz Zamihan, Ustaz Faizulrahim dan Ustaz Mohd Rasyiq mengatakan Islam Hadhari tidak ada masalah. Ini adalah teknik untuk menyedarkan orang yang telah lama meninggalkan Islam.Di manakah maqam Otman El-Muhammady?El-Muhammady adalah pencinta tasawuf dan oleh kerana ramai golongan ini dari Tasauf ArRifai yang disesatkan oleh ramai ulama mutakhirin. Jadi dia bukanlah berada dalam gerakan Al-Ahbash cuma terlalu rapat dengan puak ini kerana sama-sama memusuhi salafi atau wahabi. Pihak JAKIM sendiri telah mula menyedari bahawa beberapa kajian mereka tidak berasas setelah mendapat 'pandangan' dari Ustaz Mohd Rasyiq yang selalu mereka-reka cerita fitnah atas nama kajian JAKIM.Apakah sikap mereka terhadap kitab karangan ulama lain?Mereka melakukan 'kajian' sekerat-sekerat tulisan sesuatu gerakan dan mereka menyuntik dakyah mereka di sana. Dengan dakyah songsang dan cuba menarik emosi pendengar dengan tuduhan tidak berasas. Mereka tidak pernah mendebatkan nas yang digunakan oleh pihak lain, tapi yang mereka debatkan pendapat ulama tersebut, seolah-olah ulama tersebut sengaja membuat fatwa songsang (bersambung Insya Allah)

No comments:

Post a Comment